Triple Golden Innovation Sdn Bhd

"So Worthy Of Every Depth"

Teknologi Kami

tgi
Teknologi Berpandangan Jauh

Teknologi Perlombongan Yang Unggul

Mencapai Perlombongan yang Cekap Dan Bersih!

Kami sentiasa berdiri di barisan hadapan dalam menerajui industri perlombongan dengan menerapkan teknologi yang canggih kerana ia menjanjikan lima kelebihan seperti berikut:

Meminimumkan Gangguan Terhadap Permukaan Bumi

Ia dipertingkatkan daripada kaedah perlombongan konvensional, tanpa memerlukan peletupan batuan dan penggalian bijih untuk diangkut ke permukaan bumi.

Perlombongan Unsur Nadir Bumi Yang Cekap

Memungkinkan kadar pemulihan unsur nadir bumi yang tinggi tanpa pelepasan sisa air buangan di bawah tanah.

Jejak Pelepasan Yang Lebih Rendah Dengan Rawatan Pemulihan Yang Kurang Intensif

Proses perlombongan yang lebih mudah dengan jejak pelepasan yang lebih rendah jika  berbanding kaedah konvensional, hanya memerlukan rawatan pemulihan yang kurang intensif selepas perlombongan.

Tanpa Penghasilan Lapisan Batuan Penutup dan Sisa-sisa Lain

Ia tidak akan menghasilkan sisa lombong atau sisa batuan yang banyak, justeru itu dapat meminimumkan impak terhadap alam sekitar.

Perlombongan Yang Bersih dan Mesra Alam

Kurang memberikan impak negatif terhadap alam sekitar dan kurang menghasilkan bunyi bising, tanpa pencemaran habuk, tanpa pencemaran air bawah tanah, dan memerlukan rawatan pemulihan yang mudah dan cepat.

Secara kesimpulannya, TGI memfokuskan kepada perlombongan yang cekap dan bersih yang diperkasakan oleh teknologi untuk membolehkan perlombongan mampan di negara kita yang tercinta.