Triple Golden Innovation Sdn Bhd

"So Worthy Of Every Depth"

Syarikat Perlombongan Unsur Nadir Bumi
Berpangkalan Di Malaysia

Pemuliharaan Alam Sekitar Diutamakan Demi Masa Depan Yang Lebih Menghijau
Lonjakan Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif di Malaysia ke Puncak Baharu

tgi
Mengenai Kami

Pemuliharaan Alam Sekitar Diutamakan Demi Masa Depan Yang Lebih Menghijau

Lonjakan Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif di Malaysia ke Puncak Baharu

Triple Golden Innovation Sdn Bhd (1489064-K), sebuah syarikat perlombongan unsur nadir bumi berpangkalan di Malaysia yang boleh dipercayai. Kami memanfaatkan teknologi terkini serta komitmen mesra alam dalam perlombongan unsur nadir bumi bernilai tinggi secara sah.

Gambaran Keseluruhan

Pasukan Pakar Bertanggungjawab Dalam Kerja Cari Gali

Dengan Pemantauan Yang Profesional Dan Ketat

Perniagaan utama kami merangkumi sektor penerokaan (eksplorasi), perlombongan dan pemprosesan unsur nadir bumi (REE) menjadi pelbagai produk Nadir Bumi Oksida (REO) berasingan tersedia untuk keperluan industri. Kami mendukung nilai profesionalisme dan mengamalkan standard etika perindustrian yang tinggi, mengekalkan semangat mesra alam dan kelestarian serta positif dalam pembangunan mampan syarikat.

Kami menerapkan teknologi yang pintar, bersih dan cekap dalam perlombongan unsur nadir bumi. Teknologi ini bukan sahaja mesra alam, malah ia merupakan teknologi “bukan radioaktif” yang membolehkan kami melombong secara berterusan dengan lebih selamat.

Pasukan Pakar

Membina Pasukan Pakar Merentasi Pelbagai Bidang

Untuk Perlombongan Yang Lebih Selamat Dan Mampan

Kami telah membina satu pasukan pakar daripada pelbagai disiplin untuk mewujudkan kerjasama merentasi bidang demi melaksanakan projek perlombongan secara profesional. Ahli pasukan pakar kami termasuk:

Teknologi Berpandangan Jauh

Teknologi Perlombongan Yang Unggul

Mencapai Perlombongan yang Cekap Dan Bersih!

Kami sentiasa berdiri di barisan hadapan dalam menerajui industri perlombongan dengan menerapkan teknologi yang canggih kerana ia menjanjikan lima kelebihan seperti berikut:

Meminimumkan Gangguan Terhadap Permukaan Bumi
Perlombongan Unsur Nadir Bumi Yang Cekap
Jejak Pelepasan Yang Lebih Rendah Dengan Rawatan Pemulihan Yang Kurang Intensif
Tanpa Penghasilan Lapisan Batuan Penutup dan Sisa-sisa Lain
Perlombongan Yang Bersih dan Mesra Alam