Triple Golden Innovation Sdn Bhd
Triple Golden Innovation Sdn Bhd (1489064-K), sebuah syarikat perlombongan unsur nadir bumi berpangkalan di Malaysia yang boleh dipercayai. Kami memanfaatkan teknologi terkini serta komitmen mesra alam dalam perlombongan unsur nadir bumi bernilai tinggi secara sah.
Triple Golden Innovation Sdn Bhd, sebuah syarikat ditubuhkan pada 2022 dengan menghimpunkan pakar merentasi pelbagai bidang yang memfokuskan dalam penerokaan dan perlombongan unsur nadir bumi. Ibu pejabatnya berpangkalan di Menara Guoco Damansara Heights, Kuala Lumpur, Malaysia. Pejabat operasi pula bertempat di Alor Setar, Kedah, Malaysia.
Perniagaan utama kami merangkumi sektor penerokaan (eksplorasi), perlombongan dan pemprosesan unsur nadir bumi (REE) menjadi pelbagai produk Nadir Bumi Oksida (REO) berasingan tersedia untuk keperluan industri. Kami mendukung nilai profesionalisme dan mengamalkan standard etika perindustrian yang tinggi, mengekalkan semangat mesra alam dan kelestarian serta positif dalam pembangunan mampan syarikat.
Kami menerapkan teknologi yang pintar, bersih dan cekap dalam perlombongan unsur nadir bumi. Teknologi ini bukan sahaja mesra alam, malah ia merupakan teknologi “bukan radioaktif” yang membolehkan kami melombong secara berterusan dengan lebih selamat.
Menetapkan langkah-langkah keselamatan dan strategi pengurusan risiko yang menyeluruh untuk menjalankan perlombongan unsur nadir bumi dengan mematuhi piawaian yang melindungi keselamatan ahli pasukan kami, alam sekitar dan kesihatan awam.
Mengamalkan perlombongan yang cekap dan bersih di samping mencapai matlamat pembangunan mampan melalui penerapan teknologi dan nilai profesionalisme.
Mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat, memupuk bakat dan menggalakkan pembangunan ekosistem di samping memanfaatkan teknologi baharu untuk memacu pertumbuhan industri ini.
Kami telah membina satu pasukan pakar daripada pelbagai disiplin untuk mewujudkan kerjasama merentasi bidang demi melaksanakan projek perlombongan secara profesional.
Lot 06-03 & 06-04, Level 6, Guoco Tower Damansara City, 6 Jalan Damanlela, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur
+603 4810 0798
No. 8C (3rd Floor), Samila Business Centre, Lebuhraya Darulman, 05100 Alor Setar, Kedah
+604 7364 716
enquiry@tg-innovation.com